Jumaat, 22 Mac 2013

BUKU MESTI BACA!

aku masih ingat lagi pada tahun 2003
aku jumpa minah ini semasa pameran pesta buku cina di kuala lumpur convention centre
masa itu minah ini sedang bersurah mengenai pasaran saham kepada warga cina tua
aku seorang sahaja melayu pada masa itu
aku tak faham sepatah haram apa minah ini cakap 
kerana minah ini menggunakan bahasa mandarin
kenapa minah ini tidak bercakap bahasa inggeris?
kah kah kah
jangan jadi banggang!
minah ini bukan nya bercakap dengan mat salleh!

aku tunggu minah ini sehingga selesai bersurah
pada masa itu minah ini berbaju hijau berseluar hitam
minah ini berbaju hijau bukan kerana lynas
kerana pada tahun 2003 lynas masih belum lagi wujud

selesai ceramah
kini adalah sesi autograf
pada ketika itu buku ini dijual dengan harga 25rm sekeping
berserta tanda tangan minah ini.
aku terus beli buku ini dan beratur

tiba giliran aku
aku memperkenal kan diri
selesai sahaja minah ini tanda tangan
terus aku lancarkan soalan "kenapa kaunter petai tiada dalam bursa malaysia?"
oppss silap!!
"bilakah masa yang tidak sesuai untuk membeli saham?"
dengan muka selumber
minah ini pun terus berkata "bila kau tiada modal"
aku terus terbarai tergelak 
kah kah kah!  kerana malu
rasa seperti mangkuk jamban jatuh dari langit!

nota:
jika anda pernah membaca buku i love stocks
pasti anda kenal dengan minah ini
minah ini mempunyai pengalaman yang luas dalam pasaran saham dunia
minah ini adalah pauline yong
pengasas teknik PRINCED


ini laman sesawang yang baik untuk dibaca
http://paulineseconomicsforum.blogspot.com/
http://www.stocktips123.com/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan