Selasa, 23 Ogos 2011

james sabun kembali

ini gambar hero nk tangkap -samundera GV dan pagentri gold












sebelum itu kita perlu faham siapa itu samundera dan siapa pagentri gold


samundera
1- syarikat ini menjalankan aktiviti penjualan emas 
2- goldsmiths dan samun-dera GV menjual emas fizikal pada harga yang lebih tinggi daripada harga jualan bank.
3- di-berikan ribet 2.5% pada harga beli emas selama 3 bulan.
4- apa akan terjadi selapas 3 bulan? anda ada pilihan samada ingin menjual fizikal emas kepada syarikat tersebut pada harga anda beli emas atau anda boleh menyambung kontrak selama 3 bulan. dan seterusnya.
5- jika adik2/kakak2/abang2 menyambung kontrak selama setahun (12 bulan) ini bermakna rebet untuk setahun sebanyak 30%. WOW!! 


pagentri gold
sama sahaja seperti tektik samun-dera. rebet 2.5% selama 6 bulan.


nota:
mari kita ramai2 beli emas ini. nanti dulu, pada tahun 2009 bank negara telah serbu syarikat etika emas, EEE dan byk lagi kerana menjalankan aktiviti yang sama (ponzi skim / skim cepat kaya)


adakah samundera ini dan pagentri tidak disiasat oleh bank negara?
pada may 2010, bank negara telah siasat samundera GV. hasil siasatan, syarikat ini terselamat. bagaimana ia selamat? tidak pula diketahui. jika samundera ini betul, kenapa nama samundera GV ditukar kepada genneva gold malaysia? adakah ini silap mata? 


adakah pagentri akan mengalami masalah yang sama seperti samundera?
saya tidak pasti. keberangkalian bank negara akan datang siasat.


bukankah apabila membeli emas daripada syarikat ini kita akan mendapat emas fizikal?
betul - anda akan mendapat emas fizikal dan menjadi milik tetap -  tetapi kenapa perlu beli emas yang mahal dari syarikat ini sedangkan ada lagi institusi atau bank2 yang tawarkan harga yang lebih rendah. tak percaya? sila tanya lebai google


syarikat gila ini memberikan ribet 2.5%. ini adalah berita baik kepada pembeli emas fizikal?
ini adalah malapetaka. mengikut sejarah -pelabur2 hebat seperti pak warren & pak soros - maksima pulangan yang diberikan kepada pelanggan adalah sebanyak 15%. mustahil syarikat kokak ini boleh memberikan ribet sebanyak 30%. ini magis!!


apakah kesudahan nya.?
jangan beli emas fizikal dari syarikat malaon ini.


saya mahu beli juga.
beli sebanyak yang mungkin. 100-200-300 kilo. lepas itu terjun bangunan jadi katak! 


ini muka katak kena tipu




Rabu, 10 Ogos 2011

surat cinta dari nenner

1- Emas: Harga emas dijangka akan mencecah sehingga $2500 satu oz. nenner berpendapat untuk mencecah dua ribu lima ratus dollar bagi satu ounce perlu ambil masa yang panjang. pada tulisan ini ditulis.harga emas semasa adalah berada pada paras $1,741 bagi satu oz. ini bermakna kenaikan sebanyak 50% dari harga sekarang. harga emas akan meningkat naik kerana para pelabur memilih untuk membeli emas disebbabkan keadaan ekonomi US yang semakin parah dan hampir tergolek-dog masuk gaung.



2- duit hijau/dollar: ada dua pendapat. satu mengatakan duit hijau akan semakin jatuh. dan lagi satu tidak ketahui kemana akan hilang nya duit hijau. Nenner bersurah - dunia akan tersekat kerana amerika, samada amerika akan menjadi ttiga A, dua A, ataupun tiada A langsung. bagaimana dengan EURO? ianya masih kabur dan tiada indikator yang menyokong EURO akan mengantikan duit hijau.


3- minyak mentah: pada 5/julai/2011 harga minyak mentah dunia adalah $86.50 setong. pada hari isnin sahaja harga minyak mentah menjadi semakin teruk dan jatuh sehingga hari ini ($82.20). ini adalah berita baik kepada dunia dan pengguna. jangan silap! harga minyak mentah yang turun tidak akan menguntungkan mereka kerana apa yang berlaku sekarang adalah kerana permintaan minyak mentah yang rendah dan perlahan.

sumber: pusat penyelidikan charles nenner


nota.
siapa charles nenner?
charles nenner pernah berkerja di-goldman sachs selama 10 tahun
salah seorang yang glamor dalam analisa teknikal.


adakah surat cinta dari nenner ini betul?
kita tunggu dan lihat. 


Ahad, 7 Ogos 2011

petang ahad yang cool

ini bukan soalan bocor kertas SPM
ini berita dari bomoh siam














jangan hairan jika kita terlihat dipokok2 terpampang gambar bomoh sedang bertafakur dengan syiok untuk mendapat nombor yang baik. bentuk badan susuk bomoh ini sangat hodoh - perut buncit dan berkepala botak. anda hanya perlu pukul talipon ataupun datang berjumpa dengan bomoh ini, dalam sekelip mata sahaja anda akan mendapat nombor2 ajaib. boleh jadi nombor tersebut akan keluar dari dubur anda. bagaimana? saya tidak ketahui. tetapi bagi saya ini adalah kerja gila! dan tidak masuk buku!. jika bomoh ini telah mengetahui nombor2 ajaib, kenapa beliau sendiri tidak membeli nombor tersebut? sudah tentu bomoh ini akan berhenti kerja dan hidup riang2 dikedai slim-slim.


nota.
ini adalah perbezaan antara bermain pasaran saham dan berjudi


sebelum beli saham,
ada beberapa perkara2 asas perlu dilihat
price earning ratio (PE)
return on equity (ROE)
institutional sound
net tangible asset (NTA)
current enviroment 
earning per share (EPS)
dividend

berjudi sepeti bermain tikam
hari baik untung besar 
makan besar
hari tidak baik
jatuh masuk longkang.
jadi katak!



Rabu, 3 Ogos 2011

Apabila kita ingin berlajar mengenai pelaburan kebiasaan kita akan melihat internet. Kerana apa yang ada disana kebanyakkan berita2 yang terlatest and ternow. Jika kita ingin melihat kepada sejarah pelaburan adalah lebih baik jika kita membaca buku pelaburan klasik. Contoh buku2 klasik.

1) The intelligent investor (1948) oleh benjamin graham.

2)

Buku mesti baca!


"Membeli saham tanpa kaji selidik adalah sama seperti bermain poker. Tiada langsung melihat kad" Peter Lynch


John templeton

Wasiat john templeton sebelum menjadi arwah


"Anda perlu kembali kepada perkara asas jika ingin berjaya dalam pasaran saham"