Rabu, 14 November 2012

Satu lagi rancangan licik dan licin


Read more: AirAsia X plans to offer 790m shares in IPO http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/AAXIPO/Article/#ixzz2C7MBVdIx


3/11/2012


KUALA LUMPUR: AirAsia X is offering 790 million shares in their initial public offering (IPO), mainly to repay bank borrowings.

In its draft prospectus, the long haul arm of budget carrier AirAsia Bhd did not say how much each share (which has a par value of RM0.15) cost, the size of the listing or a timeframe for the flotation.

However, Reuters reported on September 21 that the company planned to list on Bursa Malaysia in December or January next year in an IPO expected to raise about RM750 million.

Based on the IPO size of RM750 million, the total 790.12 million shares could be worth RM0.97 sen apiece.

In its prospectus posted on the Securities Commission website, the airline said the proceeds from the flotation will be used to expand its fleet of airplanes, pare down debt, working capital and listing expenses.

AirAsia said the offer represents up to 33.3 per cent of it enlarged paid up capital, of which 685.6 million (28.9 per cent) will be offered to institutional investors, foreign investors and selected Bumiputera investors approved by the International Trade and Industry Ministry.

The balance of 104.4 million shares (4.4 per cent) will be allocated to retail investors such as eligible employees as well as the public.

AirAsia X said it will use the proceeds for capital expenditure (21.5 per cent), ranging from buying spare parts to setting up new hubs, repaying bank borrowings (55.1 per cent), working capital (20.2 per cent) and the balance for listing expenses.

AirAsia has hired CIMB Investment Bank Bhd as principal adviser for the IPO.

CIMB, Credit Suisse and Maybank Investment Bank Bhd are the joint global coordinators while Barclays, BNP Paribas, CIMB, Citi, Credit Suisse, HSBC, Maybank and Morgan Stanley are the joint bookrunners for the institutional offering.

The IPO is one of three listings worth more than RM1.5 billion which AirAsia's founders and AirAsia X director Tan Sri Tony Fernandes and director Datuk Kamarudin Meranun will kick off next year which will also help consolidate Malaysia as Asia's top IPO destination.

This year, Malaysia has already listed Felda Global Ventures and IHH Healthcare with combined proceeds of more than RM15 billion.

Nota
setelah IPO as.tro berjaya dikeluarkan
ini satu lagi rancangan yang licik dan licin untuk menipu orang ramai
cuba lihat apa telah berlaku pada kaunter as.tro
sampai kehari ini tergolek dog!
mereka yang beli IPO as.tro pada harga 3RM seunit
kini perlu menanggung kerugian
sampai bila kerugian ini perlu ditanggung?
sampai A.K mengaku dia adalah orang asli keturunan biduanda

apakah yang A.K telah lakukan?
A.K telah melakukan rancangan senyap
A.K telah kawtim dengan Bank, S.C, orang as.tro dan dan dan untuk membeli IPO ini
berita mengenai IPO ini akan membawa cahaya telah tersebar luas
semua orang berlari lari untuk membeli IPO ini
kerana ini adalah IPO durian runtuh
hari pertama boleh jual semua
tapi mereka telah silap kerana IPO as.tro ini bukan IPO durian runtuh 
tapi IPO ini telah jadi IPO keladi runtuh
IPO petai runtuh
IPO tapai runtug dan dan dan

orang ramai sangat marah dengan A.K
A.K perlu ditangkap dan dibicara kerana menipu makcik makcik felda
jangan jadi bodoh! A.K telah lari keluar negara dan berlayar ke pulau maldives

ini nota dari A.K
yang penting adalah mengaut keuntungan maksimum
yang penting adalah "cash cow"
yang penting hutang as.tro perlu dibayar
yanng perlu membayar hutang as.tro bukan A.K
tapi pemegang IPO yang kena tipu

ini nota dari T.F
saya perlu berlajar dari A.K

ini soalan kena jawab sebelum tangkap A.K dan T.F
kenapa k.wsp tidak beli IPO as.tro?
adakah k.wsp tidak beli IPO air.asia x?
adakah k.wsp tahu rancangan licik dua malaon ini?


Selasa, 13 November 2012

Buku arwah JD Salinger

Kalau tak tahu apa buku hendak baca minggu ini
Sila dapatkan buku ini
Buku tulisan J.D Salinger 
Ini buku paling cult dan klasik 





Rabu, 24 Oktober 2012

berita lambat sampai

walaupun berita ini lambat sampai
tetapi berita ini untuk peringatan

sila klik untuk besar

apakah yang terjadi selepas itu?

utusan meloya
Julai 2008

Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 juta

Oleh shamsiah zulkafli

KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.
Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.
Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.
Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh.

Nota 1 
mari kita sama sama buat kira kira
dr jailani penipu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 98.7 juta
si isteri penipu mengaut keuntungan sebanyak RM 71.3 
ini bermakna hasil RM 98.7 + RM 71.3 = RM 170 juta

mahkamah menjatuhkan hukuman
si dr jailani diikat jamin RM 848 K
si isteri penipu diikat jamin RM 415 K
ini bermakna saman yang perlu dibayar RM 848 K + RM 415 K = RM 1.263 juta

mari kita lihat jumlah keseluruhan
untung RM 170 juta
saman RM 1.263 juta
baki RM 168 juta

WOW!


ini bermakna dengan penipuan yang telah dibuat selama 2 - 3 tahun
ditolak dengan bayaran loyar, saman dan dan dan
bermakna skim cepat kaya ini amat untung
lagi kaya dari main mesin judi 
ha ha ha


bukan kah duit ini telah dibekukan oleh bank negara?
tiada siapa yang dapat membuktikan duit ini dibekukan oleh bank negara



Nota 2
gelaran jailani adalah doktor
mustahil doktor ini penipu
ini saya sampaikan anda berita sedih
kesemua mereka yang penipu 
menjual gelaran sebagai doktor kokak
mendapat gelaran dari universiti yang tidak pernah wujud
semua ini menipu orang ramai
jika dilihat gelaran doktor 
makcik makcik felda akan percaya
ini adalah perang sikologi

bagaiman dengan doktor fazly?
ini doktor beli 
cuba teka berapa mamat ini beli





Selasa, 23 Oktober 2012

e-mel dari bank negara

NOTA 1
e-mel ini kiriman dari encik semut
walaupun e-mel ini telah kurun 
dan bukan untuk pelabur gen.neva
tetapi surat ini masih segar untuk dibaca

From: BNMTELELINK@bnm.gov.my
Subject: Telelink (DOMP-77MHFM) Re: perkembangan terkini Jai network systems sdn
bhd
To: XXXXXXXX@yahoo.com.sg
Date: Sat, 6 Oct 2007 12:58:19 +0800

Tuan,

Jai Network menjalankan aktiviti perniagaan yg melanggar perutukan Akta
Perbankan, BAFIA - s. 25(1), mengutip wang orang ramai menjanjikan pulangan
tinggi dan pelaburan asal akan dipulangkan di jangkamasa tertentu. Ini
memenuhi kriteria deposit yang ditafsirkan dalam BAFIA. Banyak syarikat
menggunakan perkataan pelaburan dengan maksud untuk mengelirukan orang
ramai.

Dlm kes Jai, mereka berselindung disebalik produk yang dipanggil
'stromberg' iaitu alat untuk 'fuel saver'. Modus operandinya, Jai akan
menjual barang kepada pelabur (pelanggan) tetapi barang tersebut tidak
berpindah tangan. Mereka ada akadnya iaitu Jai akan membeli balik produk
tersebut dan akan menolong menjualkan kepada orang lain dengan harga lebih
tinggi. Pelabur dalam skim ini dipanggil "smart partnership" dan mereka
akan menerima keuntungan setiap bulan.

Dalam kes Jai, Special Investigation Unit, Bank Negara Malaysia (SIU)akan
mendakwanya dengan menggunakan BAFIA dan AMLA. Untuk makluman juga Jai
gagal mendapat lesen jualan langsung dari KPDN&HEP yang dipohon 3 tahun
lalu. Oleh yang demikian, KPDN juga akan mendakwa Jai kerana beroperasi
tanpa lesen.

Sila ambil maklum bahawa pelabur terpaksa menanggung sendiri risiko
kehilangan wang melalui pelaburan dalam skim Jai.


Harap maklum

BNMTELELINK
BANK NEGARA MALAYSIA
1-300-88-5465


NOTA 2
siapakah JNSSB?
sila cari dan baca sendiri

adakah gen.neva akan mengalami masalah yang sama seperti JNSSB?
sila baca perenggan terakhir e-mel dari bank negara.

duit telah banyak dilaburkan, kenapa bank negara tidak mahu membantu kami yang telah ditipu?
jangan jadi banggang! 
adakah anda percaya dengan bank negara?

ini muka penipu






Selasa, 16 Oktober 2012

ini surat sedih dari gen.neva ke gen.neva


Gold investors’ fear, worry and grief

October 16, 2012

FMT LETTER: From Shereen Lim, via e-mail

I value Bank Negara’s good intentions to protect the welfare of thousands of investors in Genneva Malaysia. Having to fight inflation as a retiree, I trust that Bank Negara would help us in these trying times.
About 6,000 of us consultants have helped many people to improve their lives as the returns in the form of Hibah has brought sunshine into their daily lives.
We appeal to Bank Negara to allow Genneva to operate while the investigation is ongoing.  This is to pave the way for us to be able to support our our families with our monthly Hibah and commissions, which we were supposed to collect on the first week of October.
We also would like to appeal to Bank Negara to be compassionate by releasing the cheques and gold seized so that we can deliver them to the rightful owners. In addition, those cheques already collected by customers before the raid to be honoured by the bank.
We are all living in fear, worry and grief. Fathers, mothers, sons and daughters of 1Malaysia are in sorrow. There is so much tears and suffering.
My primary concern is for those who need the income i.e. the Hibah and commission for their daily expenses, especially the sick and the aged. Some had to resort to borrowing money from friends to pay for medical bills.
Several have also been also unable to pay their housing, car, education loans, etc.  driving them to contemplate suicide.
The writer is a customer and consultant of Genneva

Nota:

adakah rayuan minah ini akan berjaya?
jika minah ini melalak macam harimau nak makan kentuki sekalipun minah ini tak akan dapat duit tersebut. 

kenapa?
mengikut sejarah program skim cepat kaya
swishh cash, abbfund, etika emas dan dan dan semua nya jatuh masuk longkak.
apabila duit telah dibeku kan oleh bank negara jangan harap duit itu akan terlepas ke tangan si pemunya 
kenapa?
pernah dengar ada orang dapat duit semula apabila duit telah dibeku kan oleh bank negara?
buat masa sekarang. nula, nul. atau dalam bahasa melayu. sifar. kosong
siapakah penyangak dibelakang semua ini?
sila tanya panddy kutty dari kerala. 
siapa mamat ini? 
tanya lebai googl.e
jangan malas

macam mana nak kenal syarikat ini skim cepat kaya?
jika sesebuah syarikat menjanjikan pulangan tetap setiap bulan 10% 20% atau berapa ratus ribu sekalipun ianya dianggap skim cepat kaya
bagaimana skim cepat kaya bergerak?
syarikat ini akan menjalankan aktiviti ini dalam tempoh 2 ataupun 3 tahun. setelah target tercapai syarikat ini akan mengalami masalah - duit setiap bulan tidak lagi dibayar pada si penerima
apa maksud target telah tercapai?
katakan anda ingin mengaut keuntungan sebanyak 100 billion. dan sekarang 100 billion itu ada dihadapan mata anda. apakah yang perlu anda lakukan? adakah saya akan keluar makan kentuki bersama bik mama ataupun siti nur hailiza? jangan jadi bangang! hantar duit ini ke akaun rahsia ke luar negara. setelah selesai. malaon ini akan membeli sut boss dan terus terbang ke luar negara.
selepas itu apa akan terjadi?
pemunya syarikat tersebut akan membuat laporan kepada bank negara dan menyatakan syarikat ini mengambil deposit yang tidak sah dan aktiviti perniagaan yang meragukan.
kenapa pemunya syarikat yang buat laporan? bukankah jika malaon ini melakukan kerja ini sampai kiamat malaon ini akan lebih kaya dari panddy kutty dari kerala?
jangan kena kelentong!
syarikat ini ada target. setelah mencapai apa yang dikehendaki. malaon ini akan melakukan sabotaj ke atas syarikat sendiri. malaon ini bukan orang bodoh. mereka ini sangat licik dan licin. apabila semua telah terbarai malaon ini akan tergelak sambil menghisap curut.
adakah bank negara tidak ambil port dalam kes begini?
adakah kau akan percaya kalau aku katakan yang bank negara juga adalah orang dalam.
ini adalah fitnah?
lihat sekeliling anda. jika anda merasakan dengan menonton tv 25 jam sehari akan membuatkan anda tahu ini semua saya minta maaf. anda telah duduk dizaman batu;
sampai bila ponzi skim ini akan tamat?
ponzi skim akan tamat setelah bank bank dalam dunia ini melingkup. ponzi skim terbesar dalam dunia adalah bank. pemilik nya adalah godfather rothchild. penyamun disiang hari yang sah









Ahad, 29 Julai 2012

GEORGE CARLIN DAN PENCERAHAN


UPDATE: Malaysia's Astro Seeks Approval for US$1.5 Bln IPO

sila klik untuk baca berita penuh 

Naza TTDI's next step is to get listed

The maraca IPO expected to raise 3.18 billion


nota:
kalau tak paham bahasa cina
tanya lebai google.
lebai google adalah kawan baik

nota
ramai orang bising
harga astrox mahal
ingin saya sampaikan berita sedih
harga astrox akan lebih mengarut apabila astrox telah diwartarkan di-BURSA
bersedialah kerana tidak lama lagi malaya akan jadi seperti impian orang amerika "amerikan dream" 

ini adalah george carlin
pembawa pencerahan
12 mei 1937 - 22 june2008


 


BERITA SEBELUM HARI RAYA



mari kita sama-sama melihat gambar rajah ini.
apakah maksud yang tersirat dalam gambar dan berita ini






berita heran

16 julai 2012


Kakitangan awam dapat bonus raya


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 


Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.


Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 


Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.


Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.


Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008. 
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.


Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.


Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.


Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.


Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.


takdernama
29 julai 2012


RISDA umum dividen RM314.6j untuk peserta TSK, RTBB
Bernama

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) bagi tahun 2011.
   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran dividen itu membuktikan usaha transformasi yang dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun lepas telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai sektor.


"Apa yang dijanjikan bukan slogan tapi kalau kita lihat selepas satu kelompok, satu kelompok lagi mendapat imbuhan dari agenda transformasi negara. 


"Begitu banyak kita (kerajaan) lakukan, baru tiga tahun, cuba bayangkan kita dapat lima tahun lagi," katanya ketika merasmikan Program Kasihi Pekebun Peringkat Nasional dan penyampaian dividen berkenaan di Pekan hari ini.
   
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dan Pengerusi RISDA Tan Sri Rahim Tamby Chik.
   
Perdana menteri berkata kerajaan akan terus tekad, menerusi pelbagai program transformasi, untuk memakmurkan semua golongan di negara ini.
   
"Bagi pekebun kecil, mereka merupakan nadi pembangunan ekonomi negara manakala tanaman getah dan sawit merupakan tanaman strategik negara.
   
"Oleh itu kerajaan memandang serius isu-isu pembangunan masyarakat pekebun kecil seperti isu harga getah dan sawit serta pendapatan pekebun kecil," katanya.
   
Beliau berkata industri getah negara meliputi kawasan seluas 1.6 juta hektar melibatkan 279,127 pekebun kecil manakala sawit seluas 429,709 hektar melibatkan 147,254 pekebun kecil.
   
Perdana menteri berkata janji-janji yang dibuat kerajaan untuk masyarakat pekebun kecil juga telah ditepati.
   
Antaranya menaikkan kadar bantuan untuk tanaman semula daripada RM7,000 sehektar kepada RM9,300 sehektar di Semenanjung, RM13,500 sehektar di Sarawak dan RM14,000 sehektar di Sabah.


"Saya juga telah meminta RISDA melancarkan Gerakan Membaja di seluruh negara supaya setiap pekebun kecil akan membaja dan setiap pokok getah dan sawit dibaja mengikut jadual .
   
"Saya gembira hasil daripada gerakan itu, pengeluaran getah dan sawit telah meningkat," katanya.
   
Di majlis itu, Najib turut mengumumkan kenaikan elaun kepada 513 pemaju masyarakat Risda yang merangsang perubahan di kalangan pekebun kecil.
   
"Saya umumkan mereka mendapatkan kenaikan elaun dari RM300 kepada RM500 sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya. Bernama


soalan kena jawab sebelum takbir raya
1) adakah kaunter kelapa sawit akan merudum sebelum hari raya?
2) berapa banyak duit k.wsp telah dikeluarkan untuk bagi ang-pau hari raya?
3) adakah ini penyedap berita sebelum p.ilihan raya?
4) apakah akan jadi selapas hari raya? jeng jeng jeng tunggu...kerana semua akan termonung dan terbarai! 










Ahad, 22 Julai 2012

Jering dan sambal ikan bilis

Cuaca petang ini agak baik
Redup dan sejuk
Setiap susuk didunia ini mengimpikan cuaca seperti ini.
Cuaca yang baik akan membawa ketenangan


Hari ini buka puasa dirumah
Ini menu untuk hari ini - Jering dan sambal ikan bilis
Ini adalah menu yang paling lazat didunia


Selamat menikmati makanan yang sedap
selamat berpuasa

Ahad, 1 Julai 2012

sampai bila nak jadi bangang!

apa yang ingin dilakukan tahun ini dan sampai kiamat
1) minamkupi akan membawa tulisan berat dan hitam
2) minamkupi tetap dalam bahasa melayu
2) gordon ramsay akan datang kuala pilah - belajar masak gulai ayam
4) jangan jadi bangang!

ini bukan gordon ramsay
ini isham penulis tapai


jerung makan kelapa sawit

hari ini tiada charta kelapa sawit
kerana urus niaga hanya untuk 2 hari shj
tiada apa yang boleh dilihat






nota
jika anda membaca laporan bousted mengenai kesediaan kelapa sawit untuk diwartakan ke BURSA akan membawa malapetaka
1) pengurusan kelapa sawit tidak bersedia
2) operasi tunggang langang
3) pokok tunggu masa hendak mati


kesimpulan;
kelapa sawit akan gagal sama seperti muka buku
indah khabar dari rupa siti nur hailiza


magis!
pada 28 julai 2012
saham kelapa sawit menjadi panas
kaunter lain2 tidak bergerak
semua tertumppu pada kaunter kelapa sawit
mustahil kaunter ini akan gagal sebelum pi;ihan raya


soalan untuk minggu ini dan tahun depan
adakah ini kerana pilihan raya?
berapa banyak duit K.WSP diapungkan untuk kaunter ini?
sampai bila kaunter ini akan bertahan?








Ahad, 17 Jun 2012

Kat nue york care ada bagel paling lazat

Jika adik adik, kakak kakak atau abang abang singgah neu york care (NYC)
Jangan lupa singgah makan bagel yang paling sedap
Mendapat perhatian dalam neu york post
Nama kedai bagel ini adalah ess a b.agel
Bagel yang lembut dan lazat
Bagel ini lagi sedap dari makan mc dollah.

Sesiapa yang tidak tahu apa itu bagel
Sila tanya lebai google

Jumaat, 11 Mei 2012

gula and kapal terbang

ini adalah charta MSM untuk jangka masa hampir setahun (2011-2012)

Apakah makna dan charta diatas?
1) harga tinggi 5.85
2) harga rendah 4.30
3) dividen: 0.08
4) penyata kewangan terbaru tiada. yang ada penyata kurun

nota
untuk yang tidak tahu MSM adalah syarikat gula
syarikat gula adalah kaunter selamat semasa kemerosotan ekonomi 

apakah yang dimaksudkan dengan kaunter selamat?
Biar saya akan cuba terangkan sejelas yang mungkin. Semasa berlaku kemerosotan ekonomi dunia dalam sistem ekonomi kapitalis cukong tidak akan melabur pada kaunter yang berisiko tinggi seperti sektor teknologi, sektor pembinaan dan sektor penerbangan - ini kerana kebanyankkan kaunter-kaunter ini tidak menarik perhatian dan kebiasaan nya akan membawa kerugian ataupun jahanam. 

sila lihat kaunter M AS. 

kenapa kaunter ini dilihat lemah dan lembik?
adakah kerana AJY menyimpan janggut sperti pak samad atapun adakah kerana AJY ingin pindah rumah dan tinggal didataran merdeka untuk selama-lamanya. ini semua adalah pandangan yang meleset. kaunter ini merudum kerana kita telah dilebai kan oleh kang kong dan media massa supaya berjimat cermat. jangan beli itu dan ini dan tidak melancong ke luar negara. 

apabila berita ini diwahyukan- cukong perlu merancang strategi dan plan yang terbaik sebelum mereka menjadi cemas dan gigit rokok. cara yang berkesan adalah mereka perlu berlabuh pada kaunter-kaunter yang selamat seperti gas, gula dan letrik. jika dilihat secara logik - kaunter ini tidak bersangkut paut dengan talian ekonomi kerana ia adalah keperluan asas dan ianya perlu untuk terus hidup. secara analoginya jika ekonomi merudum sekalipun harga gula di batu road tidak akan melambung menjadi 30 ringgit sekilo gram ataupun makcik makcik felda tidak akan tutup letrik rumah sekiranya greece ingin menjual acropolis of atens pada pak samad. semua ini tidak akan diambil 'pot' apabila berlaku krisis ekonomi. 


ini gambar pak samad yang cool dan berani



















Rabu, 4 Januari 2012

Selamat datang 2012

Adakan keadaan ekonomi dunia 2012 akan bertambah baik atau menuju jalan mati?
Mengikut survey pertama 2011- 30% mengatakan ekonomi US akan bertambah teruk.
Survey kedua 2011- peningkatan sebanyak 20%. ini bermakna 50% berpendapat ekonomi US akan tergolek dog.

Jika survey ini betul. Bilakah ekonomi US dan dunia akan stabil?
Ekonomi akan stabil sehingga berlaku nya kerencatan pertumbuhan ekonomi di china. Ekonomi china mesti diperlahankan.

Kenapa berkata demikian?
Lihat sekeliling anda. Cawan. Pinggan. Mangkuk semua ini datang dari china. Kecuali bulu kaki anda sahaja bukan buatan china.

Adakah anda anti china? Apa salah mereka?
Anda perlu faham sistem ekonomi dunia dikawal oleh kumpulan gelap. Kumpulan gelap ini amat tidak senang dengan pertumbaham ekonomi china yang semakin baik semenjak tahun 2000. Jika kumpulan gelap ini tidak memperlahamkan ekonomi china. Maka Kumpulan gelap akan kehilangan punca ekonomi dan mereka akan balik kampung panjat pokok manggis. Justeru, sebelum perkara ini berlalu mereka perlu melakukan satu rancangan jahat untuk menjatuhkan ekonomi china.

Apakah hubungan ekonomi US dan china?
Dalam sistem ekonomi kapitalis. Semua bergantung pada US. Jika ekonomi US perlahan secara tidak langsung ianya akan memperlahankan ekonomi dunia termasuk china.

Adakah berita yang disurahkan ini benar?
Ini yang saya baca dan lihat. Jika apa yang saya beritahu ini tidak benar. Anda buleh buang tulisan ini dalam tong sampah.

Nota
Bagaimana abang lehman, aig, enron jahanam?

Bila besar susah nak jahanam

Cuba teka. Apa ini

Apakah Institusi yang mempunyai talian ekonomi yg besar terhadap seauatu negara dan jika institsui ini gagal akan membawa malapetaka kepada ekonomi negara?
jika institusi ini gagal sekalipun ianya akan diselamatkan oleh kerajaan.
Institusi ini memerlukan 100$0 kilo oksigen untuk hidup.

Nota
Hari ini tiada nota nak tulis.
Kau tulis lah apa yang kau suka