Rabu, 24 Oktober 2012

berita lambat sampai

walaupun berita ini lambat sampai
tetapi berita ini untuk peringatan

sila klik untuk besar

apakah yang terjadi selepas itu?

utusan meloya
Julai 2008

Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 juta

Oleh shamsiah zulkafli

KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.
Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.
Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.
Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh.

Nota 1 
mari kita sama sama buat kira kira
dr jailani penipu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 98.7 juta
si isteri penipu mengaut keuntungan sebanyak RM 71.3 
ini bermakna hasil RM 98.7 + RM 71.3 = RM 170 juta

mahkamah menjatuhkan hukuman
si dr jailani diikat jamin RM 848 K
si isteri penipu diikat jamin RM 415 K
ini bermakna saman yang perlu dibayar RM 848 K + RM 415 K = RM 1.263 juta

mari kita lihat jumlah keseluruhan
untung RM 170 juta
saman RM 1.263 juta
baki RM 168 juta

WOW!


ini bermakna dengan penipuan yang telah dibuat selama 2 - 3 tahun
ditolak dengan bayaran loyar, saman dan dan dan
bermakna skim cepat kaya ini amat untung
lagi kaya dari main mesin judi 
ha ha ha


bukan kah duit ini telah dibekukan oleh bank negara?
tiada siapa yang dapat membuktikan duit ini dibekukan oleh bank negara



Nota 2
gelaran jailani adalah doktor
mustahil doktor ini penipu
ini saya sampaikan anda berita sedih
kesemua mereka yang penipu 
menjual gelaran sebagai doktor kokak
mendapat gelaran dari universiti yang tidak pernah wujud
semua ini menipu orang ramai
jika dilihat gelaran doktor 
makcik makcik felda akan percaya
ini adalah perang sikologi

bagaiman dengan doktor fazly?
ini doktor beli 
cuba teka berapa mamat ini beli





Selasa, 23 Oktober 2012

e-mel dari bank negara

NOTA 1
e-mel ini kiriman dari encik semut
walaupun e-mel ini telah kurun 
dan bukan untuk pelabur gen.neva
tetapi surat ini masih segar untuk dibaca

From: BNMTELELINK@bnm.gov.my
Subject: Telelink (DOMP-77MHFM) Re: perkembangan terkini Jai network systems sdn
bhd
To: XXXXXXXX@yahoo.com.sg
Date: Sat, 6 Oct 2007 12:58:19 +0800

Tuan,

Jai Network menjalankan aktiviti perniagaan yg melanggar perutukan Akta
Perbankan, BAFIA - s. 25(1), mengutip wang orang ramai menjanjikan pulangan
tinggi dan pelaburan asal akan dipulangkan di jangkamasa tertentu. Ini
memenuhi kriteria deposit yang ditafsirkan dalam BAFIA. Banyak syarikat
menggunakan perkataan pelaburan dengan maksud untuk mengelirukan orang
ramai.

Dlm kes Jai, mereka berselindung disebalik produk yang dipanggil
'stromberg' iaitu alat untuk 'fuel saver'. Modus operandinya, Jai akan
menjual barang kepada pelabur (pelanggan) tetapi barang tersebut tidak
berpindah tangan. Mereka ada akadnya iaitu Jai akan membeli balik produk
tersebut dan akan menolong menjualkan kepada orang lain dengan harga lebih
tinggi. Pelabur dalam skim ini dipanggil "smart partnership" dan mereka
akan menerima keuntungan setiap bulan.

Dalam kes Jai, Special Investigation Unit, Bank Negara Malaysia (SIU)akan
mendakwanya dengan menggunakan BAFIA dan AMLA. Untuk makluman juga Jai
gagal mendapat lesen jualan langsung dari KPDN&HEP yang dipohon 3 tahun
lalu. Oleh yang demikian, KPDN juga akan mendakwa Jai kerana beroperasi
tanpa lesen.

Sila ambil maklum bahawa pelabur terpaksa menanggung sendiri risiko
kehilangan wang melalui pelaburan dalam skim Jai.


Harap maklum

BNMTELELINK
BANK NEGARA MALAYSIA
1-300-88-5465


NOTA 2
siapakah JNSSB?
sila cari dan baca sendiri

adakah gen.neva akan mengalami masalah yang sama seperti JNSSB?
sila baca perenggan terakhir e-mel dari bank negara.

duit telah banyak dilaburkan, kenapa bank negara tidak mahu membantu kami yang telah ditipu?
jangan jadi banggang! 
adakah anda percaya dengan bank negara?

ini muka penipu






Selasa, 16 Oktober 2012

ini surat sedih dari gen.neva ke gen.neva


Gold investors’ fear, worry and grief

October 16, 2012

FMT LETTER: From Shereen Lim, via e-mail

I value Bank Negara’s good intentions to protect the welfare of thousands of investors in Genneva Malaysia. Having to fight inflation as a retiree, I trust that Bank Negara would help us in these trying times.
About 6,000 of us consultants have helped many people to improve their lives as the returns in the form of Hibah has brought sunshine into their daily lives.
We appeal to Bank Negara to allow Genneva to operate while the investigation is ongoing.  This is to pave the way for us to be able to support our our families with our monthly Hibah and commissions, which we were supposed to collect on the first week of October.
We also would like to appeal to Bank Negara to be compassionate by releasing the cheques and gold seized so that we can deliver them to the rightful owners. In addition, those cheques already collected by customers before the raid to be honoured by the bank.
We are all living in fear, worry and grief. Fathers, mothers, sons and daughters of 1Malaysia are in sorrow. There is so much tears and suffering.
My primary concern is for those who need the income i.e. the Hibah and commission for their daily expenses, especially the sick and the aged. Some had to resort to borrowing money from friends to pay for medical bills.
Several have also been also unable to pay their housing, car, education loans, etc.  driving them to contemplate suicide.
The writer is a customer and consultant of Genneva

Nota:

adakah rayuan minah ini akan berjaya?
jika minah ini melalak macam harimau nak makan kentuki sekalipun minah ini tak akan dapat duit tersebut. 

kenapa?
mengikut sejarah program skim cepat kaya
swishh cash, abbfund, etika emas dan dan dan semua nya jatuh masuk longkak.
apabila duit telah dibeku kan oleh bank negara jangan harap duit itu akan terlepas ke tangan si pemunya 
kenapa?
pernah dengar ada orang dapat duit semula apabila duit telah dibeku kan oleh bank negara?
buat masa sekarang. nula, nul. atau dalam bahasa melayu. sifar. kosong
siapakah penyangak dibelakang semua ini?
sila tanya panddy kutty dari kerala. 
siapa mamat ini? 
tanya lebai googl.e
jangan malas

macam mana nak kenal syarikat ini skim cepat kaya?
jika sesebuah syarikat menjanjikan pulangan tetap setiap bulan 10% 20% atau berapa ratus ribu sekalipun ianya dianggap skim cepat kaya
bagaimana skim cepat kaya bergerak?
syarikat ini akan menjalankan aktiviti ini dalam tempoh 2 ataupun 3 tahun. setelah target tercapai syarikat ini akan mengalami masalah - duit setiap bulan tidak lagi dibayar pada si penerima
apa maksud target telah tercapai?
katakan anda ingin mengaut keuntungan sebanyak 100 billion. dan sekarang 100 billion itu ada dihadapan mata anda. apakah yang perlu anda lakukan? adakah saya akan keluar makan kentuki bersama bik mama ataupun siti nur hailiza? jangan jadi bangang! hantar duit ini ke akaun rahsia ke luar negara. setelah selesai. malaon ini akan membeli sut boss dan terus terbang ke luar negara.
selepas itu apa akan terjadi?
pemunya syarikat tersebut akan membuat laporan kepada bank negara dan menyatakan syarikat ini mengambil deposit yang tidak sah dan aktiviti perniagaan yang meragukan.
kenapa pemunya syarikat yang buat laporan? bukankah jika malaon ini melakukan kerja ini sampai kiamat malaon ini akan lebih kaya dari panddy kutty dari kerala?
jangan kena kelentong!
syarikat ini ada target. setelah mencapai apa yang dikehendaki. malaon ini akan melakukan sabotaj ke atas syarikat sendiri. malaon ini bukan orang bodoh. mereka ini sangat licik dan licin. apabila semua telah terbarai malaon ini akan tergelak sambil menghisap curut.
adakah bank negara tidak ambil port dalam kes begini?
adakah kau akan percaya kalau aku katakan yang bank negara juga adalah orang dalam.
ini adalah fitnah?
lihat sekeliling anda. jika anda merasakan dengan menonton tv 25 jam sehari akan membuatkan anda tahu ini semua saya minta maaf. anda telah duduk dizaman batu;
sampai bila ponzi skim ini akan tamat?
ponzi skim akan tamat setelah bank bank dalam dunia ini melingkup. ponzi skim terbesar dalam dunia adalah bank. pemilik nya adalah godfather rothchild. penyamun disiang hari yang sah