Isnin, 14 Mac 2011

petchem- cili hijau lwn cili merah

nota:
teknikal analisa adalah satu alat bagi para pelabur untuk membuat keputusan yang baik. malangnya, teknikal analisa tidak semesti nya memberi indikator yang tepat. mari kita cuba lihat gambar rajah disebelah.

 pada 11/2/2011
1) moving average (MA 10 dan MA 20) tidak memberi apa2 signal.
2) moving average convergence divergence (MACD) juga tidak memberi apa2 signal.
3) stochastic beri signal beli (buy) - oversold bawah 20%

pengajaran 1:
secara majoriti kita lihat 2/3 dari maklumat diatas mengatakan tiada signal. kecuali stochastic. ini memberikan petunjuk jangan beli.

pada 24/2/2011
1) MA 10 dan MA 20 bertemu dan MA 10 diatas MA 20. ini adalah signal beli (buy)
2) MACD senyap. tidak bercakap sepatah haram!
3) stochastic menunjukkan signal overbought lebih 80%

pengajaran 2:
hanya 1/3 memberi signal beli (buy) iaitu MA. stochastic dan MACD tidak memberi respon. 

nota:
apabila kita menilai semula pengajaran 1 dan pengajaran 2, kita lihat secara keseluruhan, tiada jalan untuk beli. ini kerana indikator yang digunakan memberi signal negative (-ve). persoalan nya, adakah indikator ini benar2 memberikan signal yang benar? jawapan: indikator hanyalah indikator, tidak pasti benar ataupun salah nya, kita juga tidak boleh 128% bergantung kepada carta2 sahaja. sebaliknya, penyelidikan dan carta perlu dikumpul bersama.


azhan @minamkupi.NGI