Selasa, 23 Oktober 2012

e-mel dari bank negara

NOTA 1
e-mel ini kiriman dari encik semut
walaupun e-mel ini telah kurun 
dan bukan untuk pelabur gen.neva
tetapi surat ini masih segar untuk dibaca

From: BNMTELELINK@bnm.gov.my
Subject: Telelink (DOMP-77MHFM) Re: perkembangan terkini Jai network systems sdn
bhd
To: XXXXXXXX@yahoo.com.sg
Date: Sat, 6 Oct 2007 12:58:19 +0800

Tuan,

Jai Network menjalankan aktiviti perniagaan yg melanggar perutukan Akta
Perbankan, BAFIA - s. 25(1), mengutip wang orang ramai menjanjikan pulangan
tinggi dan pelaburan asal akan dipulangkan di jangkamasa tertentu. Ini
memenuhi kriteria deposit yang ditafsirkan dalam BAFIA. Banyak syarikat
menggunakan perkataan pelaburan dengan maksud untuk mengelirukan orang
ramai.

Dlm kes Jai, mereka berselindung disebalik produk yang dipanggil
'stromberg' iaitu alat untuk 'fuel saver'. Modus operandinya, Jai akan
menjual barang kepada pelabur (pelanggan) tetapi barang tersebut tidak
berpindah tangan. Mereka ada akadnya iaitu Jai akan membeli balik produk
tersebut dan akan menolong menjualkan kepada orang lain dengan harga lebih
tinggi. Pelabur dalam skim ini dipanggil "smart partnership" dan mereka
akan menerima keuntungan setiap bulan.

Dalam kes Jai, Special Investigation Unit, Bank Negara Malaysia (SIU)akan
mendakwanya dengan menggunakan BAFIA dan AMLA. Untuk makluman juga Jai
gagal mendapat lesen jualan langsung dari KPDN&HEP yang dipohon 3 tahun
lalu. Oleh yang demikian, KPDN juga akan mendakwa Jai kerana beroperasi
tanpa lesen.

Sila ambil maklum bahawa pelabur terpaksa menanggung sendiri risiko
kehilangan wang melalui pelaburan dalam skim Jai.


Harap maklum

BNMTELELINK
BANK NEGARA MALAYSIA
1-300-88-5465


NOTA 2
siapakah JNSSB?
sila cari dan baca sendiri

adakah gen.neva akan mengalami masalah yang sama seperti JNSSB?
sila baca perenggan terakhir e-mel dari bank negara.

duit telah banyak dilaburkan, kenapa bank negara tidak mahu membantu kami yang telah ditipu?
jangan jadi banggang! 
adakah anda percaya dengan bank negara?

ini muka penipu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan