Rabu, 24 Oktober 2012

berita lambat sampai

walaupun berita ini lambat sampai
tetapi berita ini untuk peringatan

sila klik untuk besar

apakah yang terjadi selepas itu?

utusan meloya
Julai 2008

Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 juta

Oleh shamsiah zulkafli

KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.
Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.
Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.
Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh.

Nota 1 
mari kita sama sama buat kira kira
dr jailani penipu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 98.7 juta
si isteri penipu mengaut keuntungan sebanyak RM 71.3 
ini bermakna hasil RM 98.7 + RM 71.3 = RM 170 juta

mahkamah menjatuhkan hukuman
si dr jailani diikat jamin RM 848 K
si isteri penipu diikat jamin RM 415 K
ini bermakna saman yang perlu dibayar RM 848 K + RM 415 K = RM 1.263 juta

mari kita lihat jumlah keseluruhan
untung RM 170 juta
saman RM 1.263 juta
baki RM 168 juta

WOW!


ini bermakna dengan penipuan yang telah dibuat selama 2 - 3 tahun
ditolak dengan bayaran loyar, saman dan dan dan
bermakna skim cepat kaya ini amat untung
lagi kaya dari main mesin judi 
ha ha ha


bukan kah duit ini telah dibekukan oleh bank negara?
tiada siapa yang dapat membuktikan duit ini dibekukan oleh bank negara



Nota 2
gelaran jailani adalah doktor
mustahil doktor ini penipu
ini saya sampaikan anda berita sedih
kesemua mereka yang penipu 
menjual gelaran sebagai doktor kokak
mendapat gelaran dari universiti yang tidak pernah wujud
semua ini menipu orang ramai
jika dilihat gelaran doktor 
makcik makcik felda akan percaya
ini adalah perang sikologi

bagaiman dengan doktor fazly?
ini doktor beli 
cuba teka berapa mamat ini beli





Tiada ulasan:

Catat Ulasan