Selasa, 23 Ogos 2011

james sabun kembali

ini gambar hero nk tangkap -samundera GV dan pagentri gold












sebelum itu kita perlu faham siapa itu samundera dan siapa pagentri gold


samundera
1- syarikat ini menjalankan aktiviti penjualan emas 
2- goldsmiths dan samun-dera GV menjual emas fizikal pada harga yang lebih tinggi daripada harga jualan bank.
3- di-berikan ribet 2.5% pada harga beli emas selama 3 bulan.
4- apa akan terjadi selapas 3 bulan? anda ada pilihan samada ingin menjual fizikal emas kepada syarikat tersebut pada harga anda beli emas atau anda boleh menyambung kontrak selama 3 bulan. dan seterusnya.
5- jika adik2/kakak2/abang2 menyambung kontrak selama setahun (12 bulan) ini bermakna rebet untuk setahun sebanyak 30%. WOW!! 


pagentri gold
sama sahaja seperti tektik samun-dera. rebet 2.5% selama 6 bulan.


nota:
mari kita ramai2 beli emas ini. nanti dulu, pada tahun 2009 bank negara telah serbu syarikat etika emas, EEE dan byk lagi kerana menjalankan aktiviti yang sama (ponzi skim / skim cepat kaya)


adakah samundera ini dan pagentri tidak disiasat oleh bank negara?
pada may 2010, bank negara telah siasat samundera GV. hasil siasatan, syarikat ini terselamat. bagaimana ia selamat? tidak pula diketahui. jika samundera ini betul, kenapa nama samundera GV ditukar kepada genneva gold malaysia? adakah ini silap mata? 


adakah pagentri akan mengalami masalah yang sama seperti samundera?
saya tidak pasti. keberangkalian bank negara akan datang siasat.


bukankah apabila membeli emas daripada syarikat ini kita akan mendapat emas fizikal?
betul - anda akan mendapat emas fizikal dan menjadi milik tetap -  tetapi kenapa perlu beli emas yang mahal dari syarikat ini sedangkan ada lagi institusi atau bank2 yang tawarkan harga yang lebih rendah. tak percaya? sila tanya lebai google


syarikat gila ini memberikan ribet 2.5%. ini adalah berita baik kepada pembeli emas fizikal?
ini adalah malapetaka. mengikut sejarah -pelabur2 hebat seperti pak warren & pak soros - maksima pulangan yang diberikan kepada pelanggan adalah sebanyak 15%. mustahil syarikat kokak ini boleh memberikan ribet sebanyak 30%. ini magis!!


apakah kesudahan nya.?
jangan beli emas fizikal dari syarikat malaon ini.


saya mahu beli juga.
beli sebanyak yang mungkin. 100-200-300 kilo. lepas itu terjun bangunan jadi katak! 


ini muka katak kena tipu




Tiada ulasan:

Catat Ulasan