Jumaat, 11 Mei 2012

gula and kapal terbang

ini adalah charta MSM untuk jangka masa hampir setahun (2011-2012)

Apakah makna dan charta diatas?
1) harga tinggi 5.85
2) harga rendah 4.30
3) dividen: 0.08
4) penyata kewangan terbaru tiada. yang ada penyata kurun

nota
untuk yang tidak tahu MSM adalah syarikat gula
syarikat gula adalah kaunter selamat semasa kemerosotan ekonomi 

apakah yang dimaksudkan dengan kaunter selamat?
Biar saya akan cuba terangkan sejelas yang mungkin. Semasa berlaku kemerosotan ekonomi dunia dalam sistem ekonomi kapitalis cukong tidak akan melabur pada kaunter yang berisiko tinggi seperti sektor teknologi, sektor pembinaan dan sektor penerbangan - ini kerana kebanyankkan kaunter-kaunter ini tidak menarik perhatian dan kebiasaan nya akan membawa kerugian ataupun jahanam. 

sila lihat kaunter M AS. 

kenapa kaunter ini dilihat lemah dan lembik?
adakah kerana AJY menyimpan janggut sperti pak samad atapun adakah kerana AJY ingin pindah rumah dan tinggal didataran merdeka untuk selama-lamanya. ini semua adalah pandangan yang meleset. kaunter ini merudum kerana kita telah dilebai kan oleh kang kong dan media massa supaya berjimat cermat. jangan beli itu dan ini dan tidak melancong ke luar negara. 

apabila berita ini diwahyukan- cukong perlu merancang strategi dan plan yang terbaik sebelum mereka menjadi cemas dan gigit rokok. cara yang berkesan adalah mereka perlu berlabuh pada kaunter-kaunter yang selamat seperti gas, gula dan letrik. jika dilihat secara logik - kaunter ini tidak bersangkut paut dengan talian ekonomi kerana ia adalah keperluan asas dan ianya perlu untuk terus hidup. secara analoginya jika ekonomi merudum sekalipun harga gula di batu road tidak akan melambung menjadi 30 ringgit sekilo gram ataupun makcik makcik felda tidak akan tutup letrik rumah sekiranya greece ingin menjual acropolis of atens pada pak samad. semua ini tidak akan diambil 'pot' apabila berlaku krisis ekonomi. 


ini gambar pak samad yang cool dan berani



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan