Khamis, 30 Jun 2011

bersedia untuk lihat chart ini

ini charta PETGAS setakat 30/6/2011

apa yang kita dapat pelajari daripada rajah diatas


1-  indikator RSI memunjukan signal oversold (bawah paras 20%) bermula 9 May 2011 dan graph terus mendaki setakat hari ini (berada pada paras ~80% overbought)


2- stochastics mengikut RSI. tiada perbezaan antara stochastics dan RSI. sama sperti yang diterangkan diatas


kesimpulan
jika adik2 kakak2 abang2 membeli saham ini pada 9 May 2011 dengan harga $11.17 dan setakat kini harga telah cecah $13.16. Ini bermakna keuntungan setakat ini adalah $1.99 @17.8%


p/s: buleh guna duit ini untuk sedekah kepada orang miskin


Sabtu, 28 Mei 2011

sedap untuk bacaan pagi sabtu.

Jim rogers bersurah 
 
1- Supaya tidak mengambil MBA kerana buang duit, masa dan tenaga. apa yang diajar oleh sekolah MBA keseluruahannya tidak tepat dan salah. perkara ini berlaku kerana., yang mengajar dan menyediakan bahan bacaan adalah pensyarah2 kokak yang hanya berkhutbah secara teori tetapi tiada praktikal.
 
2- jika adik2/kakak2/abang2 memiliki duit sekalipun adalah baik sekiranya duit tersebut digunakan untuk memulakan perniagaan. jika pemgurusan tunggang langgang mungkin anda akan jatuh bankrupt dan akan hilang segala-galanya. tidak mengapa. kerana apabila perkara ini berlaku, anda sebenarnya telah berada di sekolah perniaagaan. ini adalah "REAL" MBA
 
3- anda perlu cemas apabila anda semakin berjaya mengumpul duit yg banyak., "Oh tuhan! senang nyer saya buat duit" anda akan tutup langsir, semakin malas untuk membaca, melangok depan TV dari ptg sampai pagi (hari2 kena tipu dengan hantu), kerana anda merasakan anda telah berada diatas dan tidak perlu membuang mase untuk membaca dan melakukan kerja rumah.
 
4- nasehat kepada rakan2, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah jangan buat apa2. duduk, tunggu dan lihat, sambil minam air kupi.

5- jangan malas. berita penuh buleh lihat kat sini.


Ahad, 8 Mei 2011

pchem: bertia mlm isnin

ini carta pchem pada 8/5/2011

apabila kita analusa carta diatas kita akan lihat graph menunjuk penurun. adakah ini petanda untuk beli/jual/pegang?

pada 4/5/2011; malaon maiybank bersurah supaya beli dengan harga rm6.92 dan jual pada harge rm8.00. ini bermakna malaon ini berbomoh kenaikan sebanyak 15.60%. sumber asal buleh lihat kat sini http://klse.i3investor.com/jsp/pt.jsp

adakah malaon maiybank ini betul?
mari kita sendiri meng-anal-isa carta berikut
1-  RSI menunjukkan signal telah mencecah 30%. ini petanda oversold. mengikut kitab RSI.signal akan naik. bersedia untuk beli.
2- stochastick %K menghampiri %D pada signal 20% oversold. sekiranya %K bertembung %D dan %K melebihi %D; ini bermakna beli.
3- indikator MACD & MA? negatife. untuk ini minamkupi memilih indikator RSI & stochasitcks sebagai lampu suluh.

konklusi.
RSI & stoichastiks beri signal positif untuk beli. tetapi jangan. kita tunggu esok!

nota:
tulisan diatas adalah analisa minamkupi shj. minamkupi tidak bertanggung jawab sekiranya berlaku kerugian.


Rabu, 27 April 2011

berita jam 10.20

harga gold yang disarankan oleh federation of goldsmiths and jewellers associations of malaysia (FGJAM) pada 26th april 2011

NOTA

Siapa FGJAM?
FGJAM adalah badan yang diiktiraf bagi memantau harga pasaran gold malaysia.

Kenapa FGJAM penting?
jika tiada FGJAM maka para cukong akan bersuka hati meletakkan harga emas. 

Adakah badan lain selain FGJAM?
belum ada lagi. dahulu, sharpah aini pernah cuba register tetapi GAGAL!

bagaimana FGJAM tentukan harga emas?
FGJAM rujuk pada kitco.com sbg panduan,.

Adakah FGJAM akan update harga gold pada setiap masa/hari?
bergantung. ada jugha kes FGJAM tidak update harga gold dalam masa 2 minggu.

Kenapa FGJAM tidak update pada setiap masa/hari?
yang ini FGJAM yang kena jawab.

Jika tuan adalah tuan director FGJAM, adakah tuan akan berkahwin dengan sharpiah aini?
maaf, saya hanya bercerita mengenai gold.



Isnin, 4 April 2011

mari belajar analsis pasaran saham

mengikut sumber i3investor.com column stock price target, bertatrikh 31/3/2011, hwangdbs investment bank berkhutbah supaya membeli saham cimb. mari kita lihat analisa hwangdbs








counter: cimb
harga saham pada 31/3/2011
tutup: 8.181

harga saham setakat hari ini 4/4/2011
tutup: 8.36

profit: 2.187% (setakat 4/4/2011) 

projeksion hwangdbs: 10.10   (tarikh: rahsia)

pengajaran
1) mengikut trending kita lihat saham cimb menunjukkan pertumbuhan pada 21/3/2011 dan terus melompat tinggi setakat hari ini 4/4/2011. 
2) ini bermakna dari tempoh yang dicadangkan oleh hwangdbs sehingga hari ini kenaikan sebanyak 2.187%. positif (+ve) walaupun hwangdbs menyasarkan saham cimb akan menjadi 10.10. tetapi tidak pula diberitahu masa untuk keluar. ini adalah trik investment bank. semua rahsia. 
3) apa yang perlu dilakukan?
baca dan terus membaca

sumber asal hwangdbs
http://klse.i3investor.com/jsp/pt.jsp




mana satu yang paling cool in town?



1) obama gian makan satay haji samuri
2) richard brandson mandi sungai
3) makan burger dengan gaddafi kat lorong haji taib
4) yasser arafat masuk akaedemi fantusia.
4) atau yang ini http://klse.i3investor.com/



Isnin, 14 Mac 2011

petchem- cili hijau lwn cili merah

nota:
teknikal analisa adalah satu alat bagi para pelabur untuk membuat keputusan yang baik. malangnya, teknikal analisa tidak semesti nya memberi indikator yang tepat. mari kita cuba lihat gambar rajah disebelah.

 pada 11/2/2011
1) moving average (MA 10 dan MA 20) tidak memberi apa2 signal.
2) moving average convergence divergence (MACD) juga tidak memberi apa2 signal.
3) stochastic beri signal beli (buy) - oversold bawah 20%

pengajaran 1:
secara majoriti kita lihat 2/3 dari maklumat diatas mengatakan tiada signal. kecuali stochastic. ini memberikan petunjuk jangan beli.

pada 24/2/2011
1) MA 10 dan MA 20 bertemu dan MA 10 diatas MA 20. ini adalah signal beli (buy)
2) MACD senyap. tidak bercakap sepatah haram!
3) stochastic menunjukkan signal overbought lebih 80%

pengajaran 2:
hanya 1/3 memberi signal beli (buy) iaitu MA. stochastic dan MACD tidak memberi respon. 

nota:
apabila kita menilai semula pengajaran 1 dan pengajaran 2, kita lihat secara keseluruhan, tiada jalan untuk beli. ini kerana indikator yang digunakan memberi signal negative (-ve). persoalan nya, adakah indikator ini benar2 memberikan signal yang benar? jawapan: indikator hanyalah indikator, tidak pasti benar ataupun salah nya, kita juga tidak boleh 128% bergantung kepada carta2 sahaja. sebaliknya, penyelidikan dan carta perlu dikumpul bersama.


azhan @minamkupi.NGI